Thursday, April 17, 2014

Cerita ku

SUKAR TAPI INDAH SUNGGUH ATURAN DIA

Saya tak berapa minat menulis.. tetapi  terpaksa untuk saya berkongsi dengan anda bagaimana perjalanan berniagaan kecil kecilan saya.. dan saya pasti langkah hari ini adalah langkah pertama yang Allah s.w.t aturkan kepada saya untuk membantu lebih ramai di luar sana...

Saya mula perniaga sejak 6 tahun lepas... kecil kecilan sesaja... tetapi memang minat sangat berniaga. Saya jadikan barangan baby  sebagai Passion utama saya... sbb orang takkan putus untuk beranak..  tetapi barangan baby ni margin untung kecik.. Boleh la untuk suka suka .. lagi pun saya bekerja.. so part time , kira oklah..

Segalanya berubah selepas saya join kelas Dr. Azizan Osman. Itulah hidayah Allah yang paling besar yang menjadi turning point kepada perubahan hidup kami sekeluarga. Saya bukan nak kata cikgu saya tu bagus.. tapi dia memang bagus....dia telah membuka minda kami suami isteri supaya menjadikan business sebagai Passion utama kami. Alhamdulillah.... Aturan Allah itu sngat cantik. :). Walaupun saya bukannya bergaji besar.. pegi kelas Dr Azizan pun bergadai-gadai emas..tapi elmuyang dapat itu cukup berbaloi...Alhamdullillah....segala nya semakin lancar.. Bulan Febuari saya telah melancarkan 100 impian di  program Intensive Mentor Kekayaan dan Kejayaan bertempat di Pusat Convention Centre Setia Alam. Yang mana impian itu tah apa tah..main tulis jer. yelah.... tetapi realiti nya  semua itu adalah DOA. :):)

Bermulalah perjalanan perniagaan saya kepada lebih serious.:):)  Sebab minat yg sangat mendalam dengan barangan baby saya banyak belajar sendiri bagaimana nak import barangan daripada China ke Malaysia. Macam -macam cuba buat...rugi? biasalah.. sebab takde cikgu....Saya dah makin expert untuk mengimport barangan dari china. Maklumlah nak ke china bukan la ade duit sangat.. so saya kena KUMPUL duit..:):) Saya start buat kelas coaching untuk ajar ilmu imporm mengimport ni... hahhahaaa :) Allamdullilah sorang je yang belajar dengan saya... dia dah berjaya pun hari ni. rupanya penat nak jadi cikgu ni...saya banyak bantu kawan kawan untuk setup kedai barangan baby, antaranya yang ada sekarang  Mummy Elesya Creative  sebelah Mydin Putrajaya dan LittleBabies di taman Equine Park Seri Kembangan. tapi saya belum lagi nak buka kedai baby...BELUM bersedia.. saya bantu dulu yang berkemampuan.

Saya sambung nantlah.. cerita selanjutnya.. bagaimana Allah S.W.T telah membuka peluang besar kepada perniagaan saya.


Ainie's Baby Store
12:37  khamis
17 April 2014






No comments:

Post a Comment